. life is not easy like A B C ! u must to learn from the experience and mistake to get happily . Fear Allah wherever you may be . Pray to Allah and be confident of a response . Obey Allah and Allah will reward you .

Jumaat, 4 November 2011

income akhirat

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
jom ! jom ! jom ! 
reramai pose sunat hari Arafah esok *.*
WUKUF DI ARAFAH
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF 
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"


walaupun kita tidak menunaikan haji !
tapi kita juga boleh dapat banyak fadhilat dengan berpuasa pada 9 zulhijjah ni .
banyak fadhilat nya tw .

Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)



Jangan cakap untuk jemaah haji yer .
puasa ni disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji :)
SO ?
jangan terlepas peluang macam ni ~ 
bukan mudah . he .

NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH : (sahaja aku berpuasa sunat hari arafah kerana allah taala)

"JOM PUASA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JUST LEAVE YOUR COMMENT HERE :)