Assalamualaikum :D
hello readers !
hmm , lama dah xupdate blog kan .
hari ni mood datang -.-"
terus on lappy update . entry pasal CINTA .
ey ? xjiwang mana la . biasa je kot .
semenjak layan lagu abg nuar sedetik lebih , jadi cenggini pulak .
"saat Allah menganugerahkan perasaan CINTA , tanpa ada rasa raguragu kita sebagai hambanya menggunakan perasaan itu sehingga terabai CINTA terhadap Allah itu sendiri . Allah tidak memberikan CINTA selamanya indah ! Saat Allah menduga dengan pelbagai dugaan dalam perhubungan , saat itu manusia mula mencari CINTA Allah yg abadi . tapi Allah begitu pemaaf , menerima CINTA itu tanpa apapa dugaan . manusia begitu lalai dalam kehidupan seharian , sehingga membiarkan CINTA kosong tanpa mengambil berat . sedangkan CINTA terhadap manusia disemai dengan kasih sayang , tanggungjawab , setia , amanah . kenapa tidak kepada ALLAH ? solat pun susah , doa pun tidak , tanggungjawab sebagai hamba diabaikan begitu sahaja . langsung tidak setia ! sehinggakan tiba waktu solat , dibiarkan berlalu begitu sahaja . sedangkan CINTA sesama manusia , diagungagungkan sehingga sanggup menghabis duit juga berbagai . CINTA Allah , satu sen juga tidak sanggup . MANUSIA atau INSAN yang menjadi hamba Allah :) bangunlah , sedarlah , bahawa Allah menganugerahkan perasaan itu bukan untuk kita sebagai hamba mengabaikannya , malah bersyukur kerana hidup di dalam keberkatan Allah . hidup harmoni dengan kasih sayang . perasaan CINTA . bersama CINTA Allah . bukan dengan terus lalai dengan syaitan yang sentiasa CINTA nafsu sematamata ."
(Ya Allah ! kau tetapkan hati kami terhadapmu , kuatkan CINTA kami terhadapmu Ya Allah :D eratkan sillaturahim kami sesama manusia , kuatkan iman kami , jauhkan kami dari CINTA yang berlandaskan nafsu sematamata . Ya Allah , jadikan kami hambamu yang sentiasa taat , setia terhadapmu . semaikan CINTA kami sesama manusia ikhlas keranamu Ya Allah .)
amin . amin . amin .
Insyaallah ~..~
*sentiasa berwaspada pada CINTA , jangan sampai terabai CINTA Allah . jalankan tanggungjawab sebagai hamba , kerana itu yang wajib ! begitu marah kekasih anda jika anda curang , begitu juga Allah . Allah maha Pengampun , ingat sebelum terlambat :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JUST LEAVE YOUR COMMENT HERE :)